Wednesday 20 July 2011

Kaedah pengajaran Pemulihan

Baiklah, kembali kepada tajuk asal pada hari ini. Untuk pengajaran pemulihan yang berkesan, beberapa kaedah boleh digunakan.

Antaranya adalah :

  1. Kaedah Kumpulan
  2. Kaedah Individu
  3. Kaedah Pengajaran Rakan Sebaya.

KAEDAH KUMPULAN

  • Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.
  • Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.
  • Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

KAEDAH INDIVIDU

  • Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar.
  • Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

KAEDAH RAKAN SEBAYA

  • Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.
  • Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari berkenaan.

Sekian,

Teacher's Department

Friday 8 July 2011

Aplikasi TMK Dalam pengajaran Dan Pembelajaran

Aplikasi TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Cara terbaik untuk belajar dan akhirnya menggunakan Windows dan aplikasi Ms Office secara bersepadu dalam pengajaran pembelajaran adalah paling berkesan melalui latihan secara hands-on. Modul dan tutorial ini akan menunjukkan bagaimana mudahnya mempelajari dan melaksanakan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.

Lampiran:

Set persembahan dan dokumen sokongan


(304kb)

Dalam lapan modul berikut, anda akan dapat mengetahui Windows 98 dan perisian Ms Office yang terdiri daripada Ms Words, Ms Excel dan Ms Access. Anda perlu menyediakan satu folder untuk melakukan latihan modul.

Apa yang anda akan pelajari

Pakej Pembelajaran ini terdiri daripada lapan modul dengan bahan sokongan yang disediakan dalam CD ROM. Ia juga disediakan dalam laman web ini bagi di akses secara on-line.


Panduan Penggunan Modul | Panel Penulis Modul | Pembangun Laman Web | Disclaimer
Keseluruhan Modul dalam bentuk PDF (11,268kb)

Sajak untuk insan yang bernama guru

Dia Seorang Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Ismail Haji Adnan
1989

Wednesday 6 July 2011

Kejohanan Bola Sepak MSSD Baling Sik

Sekolah Kebangsaan Teloi Timur menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak MSSD Baling Sik Zon Kuala Ketil Bawah 12 Tahun. Sebanyak 11 pasukan mengambil bahagian yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A bermain di padang SK Teloi Timur manakala kumpulan B bermain di padang SK Kuala Ketil. SK Teloi Timur muncul pendahulu Kumpulan A dan layak ke peringkat separuh akhir. Mengiringi SK Teloi Timur dalam Kumpulan A ialah SK Seri Jemerli.

P1020320

P1020321

P1020322

Dalam perlawanan separuh akhir, SK Teloi Timur akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B iaitu SK Kuala Merah manakala SK Seri Jemerli akan melayan SK Kuala Ketil selaku johan Kumpulan B.

Cerita Teladan

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

                        Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
                        Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
                        Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."